Tip Menjimatkan Minyak Kereta Anda!!

0

Written on 3:37 AM by Amilrash

Pengalaman untuk dikongsi bersama-sama agar
dapat membantu ketika kenaikan harga petrol
meningkatkan kos sara hidup.
Ceritanya dimana adik ipar saya dapat menjimatkan
petrol dengan begitu menakjubkan.
Caranya begitu mudah di mana apabila kita
mengisi minyak selalunya kita akan menekan
"Alat Pengepam Minyak" pada nozzle pam tersebut
secara maksima (genggaman maksima) untuk pengisian yang cepat.
Tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang adalah
dengan menekan nozzle minyak tersebut secara
minima yang boleh dan anda akan menunggu
agak lama untuk pam tersebut berhenti mengikut
jumlah wang yang dibayar.
Dengan meluangkan sedikit masa sahaja adakah anda
PERCAYA bahawa penjimatan tersebut adalah luar
biasa. Sebagai contoh sebelum ini pada setiap
RM10.00 petrol saya akan mendapat perjalanan
sejauh 100km sahaja(untuk perjalanan di dalam bandar).
Selepas mencuba kaedah di atas,saya tidak menyangka
bahawa perjalanan saya kini kepada 150 km dengan
kadar RM10.00 juga.
Setelah mencuba pada beberapa jenis petrol
(Shell/Petronas/Caltex/Projet dll) memang ada
kebenarannya.
Saya telah bertanya kepada yang arif tentang
petrol, dan memang benar jika anda mengisi
minyak pada tahap mengepam yang maksima,
petrol tersebut akan bercampur dengan gas.
(lebih banyak gas daripada petrol). Pada
kadar yang minima pula hanya petrol sahaja
yang akan dipamkan ke dalam tangki kereta
kita. Pada kadar sederhana setengah minyak
setengah gas lah agaknya.
Mengapa tidak kita mencuba dalam keadaan
sekarang di mana harga petrol kian meningkat...
(Terdapat andaian yang mengatakan : WALAUPUN
KERAJAAN PERNAH MEWAJIBKAN SELF-SERVICE "LAYAN
DIRI" DI PAM MINYAK SUATU MASA DAHULU -
Sehinggakan ramai bangla pam minyak diberhentikan
kerja - TAPI, KINI TAUKEH2 KEDAI MINYAK KEMBALI
MENYEDIAKAN PEKERJA UNTUK TOLONG ISI MINYAK
PADA KENDERAAN ANDA + SELAIN MENCUCI CERMIN
DEPAN, BELAKANG KERETA ANDA, KAN? ...
SEBABNYA : TAUKEH KEDAI MINYAK TERSEBUT MAHU
"Minyak di pam secara cepat agar mereka
lebih untung!" ........)
Tip Tambahan :
Pensyarah saya di UiTM Shah Alam pernah memberitahu
tip tentang "masa sesuai" untuk mengisi minyak kenderaan :
1. Lebih baik isi minyak pada waktu malam atau awal pagi,
untuk mengelakkan minyak bercampur dengan wap air (wap
air yang terjadi apabila suhu panas C° di dalam tangki
besar - yg. terletak di bawah kedai minyak). Petrol yang
bercampur air PASTINYA cepat merosakkan enjin kenderaan anda.
2. Cuba kurangkan mengisi minyak pada waktu PANAS TERIK
/SIANG HARI kerana wap air paling banyak pada waktu ini,
tetapi jika tidak boleh dielakkan, cuba isi minyak seminimum
yang boleh, sekadar sesuai untuk kegunaan anda, agar anda
boleh isi semula pada waktu malam hari.
Selamat Mencuba.Semoga Berjaya.

If you enjoyed this post Subscribe to our feed


No Comment

Post a Comment